Maklumat Korporat

  1. Home
  2. Info Korporat

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan
yang ditubuhkan pada 5 Disember 1981 dan ditadbir oleh Lembaga Pemegang
Amanah di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Visi & Misi

Visi

Tabung Kebajikan Terulung di Malaysia.

Misi

Menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak dalam usaha menjana dana kewangan juga perkhidmatan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan melalui perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

Objektif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Menganjurkan kehadiran peserta-peserta ke seminar, persidangan dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat.

04

Menggalakkan serta membantu perkembangan pertubuhan kebajikan sukarela yang berusaha meningkatkan kualiti rakyat Malaysia dan mempunyai tujuan sehaluan dengan tujuan YKN.

05

Menggalak serta menganjurkan penyelidikan dalam bidang kerja-kerja kemasyarakatan.

06

Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan pertolongan melalui perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

01

Menggalakkan serta memberi penekanan khusus di dalam usaha memupuk perkhidmatan kebajikan keluarga dan kanak-kanak.

02

Menyebarkan maklumat dalam bidang kebajikan masyarakat.

03

3 Teras Utama YKN

Kebajikan

Menyediakan bantuan dan intervensi sosial secara langsung kepada golongan rentan dan memerlukan.

Pendidikan

Menyokong akses pendidikan inklusif dan pembangunan kapasiti insan, khususnya dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah.

Kesihatan

Menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui sokongan kesihatan fizikal dan mental, termasuk penjagaan perubatan asas dan sokongan psikososial.

Logo Rasmi YKN

Logo YKN berasaskan cap jari yang  melambangkan ketelusan serta akauntabiliti pengurusannya. Huruf ‘M’ berwarna keemasan dilakar dalam bentuk hati membayangkan komitmen YKN kearah pembentukan masyarakat penyayang berteraskan nilai-nilai murni dan keprihatinan serta kehalusan budi. Warna ungu melambangkan semangat kerjasama dan pengamalan budaya saling membantu rakyat Malaysia  yang menjadi paksi yang dinamis kepada pencapaian YKN untuk membantu golongan yang memerlukan.